Wednesday, December 9, 2009

puteriku Mysara....

Jantung hati mama & ayah Nur Fatin Maisarah (9 Bulan)









































































Monday, September 28, 2009

kain cotton jepun & sarung Lengan

Projek terbaru .... mari mari...!!murah murah..!!







sila clik 'asni collection' di sebelah kanan






Thursday, September 10, 2009

Syarat Pembelian

Syarat-syarat Pembelian


1. Semua design adalah bergantung pada stok. Sila email/SMS kami terlebih dahulu jika berminat untuk mengetahui status design yang ingin ditempah.


2. Kami hanya akan membuat penghantaran setelah bayaran penuh diterima.

3. Sila email/sms bayaran tersebut dan pastikan anda sertakan nama, alamat, no telefon dan barang yang ditempah atau dibeli agar tidak berlaku kekeliruan.
Sila emailkan di asn0410@yahoo.com
No. H/P: 012-2097004

3.Pembayaran Bayaran untuk tempahan boleh dilakukan dengan kaedah-kaedah berikut:-1)


Maybank Berhad / Maybank2U
ASNI BT MOHD IJAM
MBB 114262403649


Anggaran Kos Penghantaran :a. RM6.00 - Semenanjung Malaysia (bergantung kpd berat)b. RM8.00 - Sabah & Sarawak (bergantung kpd berat)

Jika Berminat Sila Hubungi Saya:Asni : Tel No. 012-2097004
Email : asn0410@ yahoo.com

Monday, August 24, 2009

Asni Collection


Assalamualaikum......

Alhamdullillah......

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini....terasa nak buat blog sendiri lak bulan puasa ni heheheh.... boleh la berkongsi cerita, aktiviti dan ilmu yang boleh dikongsi bersama....

Kita kene buat sesuatu yang lain dalam bidang kerja.... baru seronok kan ... warna warni kehidupan kene mesti ada....jadi mari kite mulakan..... !

Macam macam ada...!!!! Mari singgah.....!!
Sila clik di ruangan 'About Me' (view my complete profile) sebelah kanan.



Keluarga tercinta....
Puteriku.. Nur fatin Maisarah Bt. Abdul Haadi







ANAKKU...

Kemulusanmu terserlah
Kesucianmu terzahir

Ada damai pada hadirmu

Ada seri pada lahirmu

Ada meriah pada ilhammu

Bahagia yang bertandang

Mengisi ruang kehidupan kami

Senyum dan tawamu

Penawar paling mujarab

Tiada apa yang kuharapkan darimu

Hanya limpahan kasih sayang

Dariku untuk mu.... Darimu Untuku ilahi....

Kutahu ini semua milikmu..

Terima kasih atas anugerah ini

Satukanlah kami dalam rahmatmu....


Amin.....




KEDAI JAHITKU......





Welcome To My Page...!!!
jika hendak tahu lebih detail clik "abaut me' (view my complete profile) di sebelah kanan.
* macam macam ada.......!!!




Barut baby dan kain bedung

Membuat Tempahan Untuk Barut BabyTerdapat 3 Warna Menarik :
1. Putih
2. Biru
3. Pink*terdapat 2 size kecil dan besar.


Ukuran bedung : 35" X 35" Ukuran barut : 17" X 6" (2 lapis) Harga bedung : RM 5.00 sehelai Harga barut : RM 3.00 sehelai

Membuat Selimut Atau Kain Bedung Baby, Pelbagai Corak Dan Warna menarik

Tempahan Baju Kurung

1. Baju Kurung Pesak/biasa

2. baju kurung pahang

3. baju kurung pesak gantung


Blause Muslimah

Tempahan juga untuk blause ringkas tetapi selesa dan cantik…..
Terdapat yang bercorak dan kosong serta warna yang menarik…..
Sesuai untuk remaja dan dewasa….


Dress baby..... pun ada untuk tempahan.


contoh seperti ini:-





Jika berminat...

Untuk Tempahan bolehlah menghubungi saya di....
H/p No. :012-2097004
ataupun YM jer... pun boleh


Syarat-syarat pembelian/ Tempahan


  • Semua design adalah bergantung pada stok. Sila email/SMS terlebih dahulu jika berminat untuk mengetahui status design yang ingin ditempah.

  • Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran penuh diterima.

  • Segala kerosakan hendaklah memaklumkan kepada kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh diterima dan kami akan menggantikanya dengan yang baru setelah produk yang rosak itu di pos balik kepada kami menggunakan Pos Ekspress/Pos Laju. Segala kos pengembalian akan ditanggung oleh kami.

  • PembayaranBayaran untuk tempahan boleh dilakukan dengan kaedah-kaedah berikut:-1)

Maybank2u.com
ASNI BT MOHD IJAM
MBB 114262403649

Anggaran Kos Penghantaran :a. RM6.00 - Semenanjung Malaysia (bergantung kpd berat)RM8.00 - Sabah & Sarawak (bergantung kpd berat)



RESEPI KEGEMARAN KU

ni resepi yang aku baru belajar.... jadi tau sedap...suami aku bertambah makan.... suka tgk dia makan banyak bila aku masak

NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN

1kg beras basmathi
100 gm minyak sapi
100 gm bawang merah dihiris
2 cm halia, ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
kulit kayu manis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga
1 batang serai dititik
3 liter air
garam
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
Bahan hiasan Kismis Hirisan Badam Gajus Bawang goreng

CARA

1.Basuh beras dan toskan

2.Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan air, susu cair, garam dan daun pandan.

3.Masukkan beras dan biarkan ia mendidih. Kemudian kecilkan api dan biarkan sehingga masak.



Soto Ayam Johor


A. Sup

1. Satu ekor ayam (Dipotong),
direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)

2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional

3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar

4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk

5. 2 inci halia muda, ditumbuk

6. 1 inci lengkuas, ditumbuk

7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang

8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes

9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)

10. 20 biji lada hitam, dititik

11. 2 biji buah keras, kalau suka

12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam

13. 3 sudu makan minyak masak

14. Gula dan garam


Cara

1. Pijarkan minyak

2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau

3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak

4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau

5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras

6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya


B. Pegedil

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk

2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing

3. ½ cawan ayam digoreng dan dicincang halus

4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar

5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar

6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit

7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk

8. 10 biji lada hitam, dititik 9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)

10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa

11. 2 biji telur, dipukul

12. 2 cawan minyak untuk menggoreng


Cara

1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih

2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk

3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang

4. Masukkan garam dan gula, gail rata

5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.

6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak
mudah lerai bila digoreng.

7. Panaskan minyak

8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna
keperangan.


C. Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit

2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili

3. ½ cawan kicap manis

. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi

5. 3 sudu makan gula


Cara

1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat

2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi
pijar)

3. Masukkan kicap dan perahkan limau

4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.


D. Bahan Hidangan

1. Nasi himpit, dipotong dadu

2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat

3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)

4. Suhun, digoreng

5. Bawang goreng

6. Daun saderi (sup) dan daun bawang

7. Limau nipis, dipotong (optional)


cara

1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun

2. Curahkan sup

3. Taburkan bawang goreng dan daun

4. Letakkan pegedil dan sambal kicap

5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)





HATI SEORANG WANITA

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan
perhatian.


2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-
katanya sekali sekala.


3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun
seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA
kan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi,
termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang
WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang
bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila
bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling ikhlas dan tulus.


10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan
dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja.
LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing
WANITA dan bukan menghanyutkannya.


** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"



Senyuman

Senyum tanpa menunjuk gigi


dikatakan seorang yang pemalu, pandai simpan rahsia dan x suka jaga tepi kain seluar orang lain. Jujur n panadai atur kewangan. Mungkin juga giginya rongak atau kuning atau palsu.


Senyum dgn mempamerkan gigi


Mereka kategori senyuman ratu cantik. Dikatakan tidak mudah dikawal, sosial, petah bercakap n suka berhias. Mendampingi mereka perlu ada kesabaran yg tinggi kerana perhatian lelaki2 lain yg mendidihkan perasaan. Amalkan langkah berjaga-jaga kerana mungkin juga ada virus rabies yg bole membunuh.


Senyum tersipu-sipu


Bersifat keanak-anakan, so jgn trkezut kalau dia gemar minx macam2 dan akan merengek jika x dpt.. Romantis dan jujur tp sgt boros. Kebarangkalian kepalanya teleng thats why senyum mengiring.


Senyum tapi tak senyum


Lain macam kan bunyi die.. :-? senyum yg luar biasa sket. Mereka dikatakan seorang yg misteri n sukar didekati. kalau jumpa di malam hari, segera lari jika dilihat berjalan tanpa kaki.


Senyum


Suka berkhayal n mempunyai daya imginasi yg tinggi. Kelompok ini juga dikategorikan seorang yg kreatif. Kadangkala suka menyendiri dan memendam perasaan.. Kemungkinan besar adalah perempuan kurang waras.


Senyum perkasa - menggoda


Bersemangat waja, cita2 tinggi, n x cepat mengalah. Sebaiknya anda diminta membuat medical check-up jika mahu menjadikannya teman hidup, krb kemungkinan mereka adalah spesies jantan yg tlh berevolusi melalui kaedah pembedahan.


Jadual makan untuk kurus

1 keping roti wholemeal, dibakar

1 sudu kecil jem tanpa gula

1 biji telur, separuh masak

kopi dengan pemanis

sedikit susu cair


Snek jam 10

1 biji epal

1 gelas jus tanpa gula


makan tengah hari

1 mangkuk meehun sup dengan fishball

1 potong betik

1 gelas air kosong


minum petang

1 gelas milo panas dengan sedikit susu

3 keping biskut wholemeal


makan malam (sebelum jam 8 mlm)

3 ketul ayam masak kicap

1 mangkuk sup sayur campur

1 ketul roll wholemealchinese teasnek1

gelas susu low fat3 keping biskut